Blogger Templates

Search This Blog

Pages

Monday, January 31, 2011

Welcome To Tawau

Beberapa hari saja lagi, aku bakal berkunjung ke Tawau, sebuah daerah yang terletak dibahagian timur laut Sabah. Ini merupakan percutian aku kali ke 3 di Tawau dan ia pengalaman yang amat menyeronokkan. Perjalanan dari LCCT ke Tawau menaiki pesawat airbus Airasia mengambil masa lebih kurang 2 jam 45 minit. Mungkin cuaca di sana agak panas bagi sesiapa yang belum pernah pergi tetapi bagi aku ia tidak pernah menghalang aku untuk terus melawat keindahan Tawau yang aku anggap kini sebagai kampung kedua aku. Kenapa aku kata begitu?Mestilah kerana bakal mak mertua aku kan duduk di sana. Di sana juga kita akan berjumpa dengan berbagai-bagai etnik, antaranya bugis, bajau dan sebagainya kerana tawau merupakan sebuah daerah yang mempunyai suku atau etnik terbesar di Sabah. Disebabkan terlalu ramai etnik di sana jadi terdapat berbagai-bagai jenis makanan yang boleh kita jumpa, antaranya bakso, nasi lalap dan juga sebagainya. Makanan laut juga adalah berbeza di sana sebab kalau kita di semenanjung hasil laut selalunya diperolehi dari Laut China Selatan ataupun Selat Melaka tetapi di Tawau sumber makanan lautnya adalah dari Lautan Sulu. Mungkin rasanya sama tetapi ada kelainannya. Kalau nak tahu kena berkunjung ke Tawau. Tak sabar rasanya mahu menikmati makanan yang sedap di sana lebih-lebih lagi teman aku yang tinggal di sana telah berjanji mahu belanja makan. Tamat Part 1. Part 2 bakal menyusul.