Blogger Templates

Search This Blog

Pages

Tuesday, August 23, 2011

Vandalisme Dan Remaja



Vandalisme ialah perbuatan merosakkan harta benda awam oleh golongan yang tidak bertanggungjawab. Rata-ratanya perbuatan ini dilakukan oleh golongan remaja yang terpengaruh dengan budaya `punk’ dan `rock’ dart Barat.


Vandalisme dilakukan oleh beberapa kategori remaja. Pertama, perbuatan vandalisme ini dilakukan oleh mereka yang hanya ingin mengecapi keseronokan berbuat demikian. Mereka mungkin berbuat demikian sekadar untuk menghabiskan masa lapang. Kedua, golongan remaja yang mengalami konflik jiwa yang hebat. Remaja yang hidup keseorangan merasakan dunia ini tidak bermakna. Kesunyian menyebabkan mereka melakukan vandalisme untuk menarik perhatian orang ramai. Ketiga, golongan yang terdiri daripada mereka yang tidak puas hati dengan keadaan diri dan masyarakat. Keempat, golongan remaja yang dilamun cinta. Vandalisme yang dilakukan oleh golongan ini bertumpu di tamantaman, tepi pantai dan tempat rekreasi. Golongan ini dikuasai dorongan emosi diri.

Antara contoh lain vandalisme yang dilakukan golongan remaja di Malaysia:-

merosakkan papan tanda

membakar tong-tong sampah


Say No To Vandalism
Kesimpulannya, masyarakat boleh memainkan peranan penting memberi kefahaman betapa buruknya akhlak mereka yang melakukan vandalisme. Misalnya, ibu bapa sebagai orang yang terdekat dengan remaja patut mendidik anak-anak dengan contoh teladan baik serta mengasihi dan meluangkan masa bersama anak-anak agar tidak timbul fenomena kebosanan dan kekosongan di hati remaja. Pihak sekolah pula boleh menerapkan kesedaran untuk membentuk remaja berjiwa sihat dan berfikiran matang sebelum melangkah ke alam dewasa.

Friday, March 4, 2011

Syok jalan-jalan di Tawau & Semporna

10 February 2011 : Lebih kurang 3 jam berada di dalam pesawat, akhirnya selamat gak mendarat di Tawau Airport pada jam 10 pagi.

Airport Tawau
Model Airasia
Roxy da Skullz
Beche da Skullz

10 February 2011 : Dalam perjalanan menuju ke Bandar Tawau, sempat gak la aq klik sana klik sini menghayati keindahan panorama di Sabah nie.










11 February 2011 : Jalan-jalan di sekitar Bandar Tawau, disebabkan bandar nie berhampiran dgn Laut Sulu keadaannya teramatlah panas. Tapi jangan risau kita pekena "ABC special" dulu.

Bandar Tawau
Bandar Tawau

Beche Da skullz
Marco Polo Hotel


MB Hotel


Marco Polo Hotel
Masjid Tawau
Beche n Sua

Abc Special










15 February 2011 : Jalan-jalan makan angin di Semporna. Perjalanan dari Tawau lebih kurang 1 jam. Disini budayanya sangat unik dan keindahan perairannya. Makanan laut di sini juga sedap, segar dan murah.









Tuesday, February 8, 2011

Cuti-cuti Port Diskson 2011

Sempena Cuti Tahun Baru Cina, kami pada mulanya mahu habiskannya dengan berjalan-jalan di sekitar Kuala lumpur sahaja, tapi dengan cadangan bernas salah sorang daripada kami maka bermula percutian tanpa dirancang ke Port Diskson. Pada mulanya kami merancang untuk pergi bercuti seramai 4 orang sahaja iaitu aku ( Roxy da Skullz ), my love ( Beche da Skullz ), Kak Ceng2 ( kakak Beche ) dan Abang Lan ( abang ipar Beche ) serta permata hati mereka berusia 2 bulan iaitu Muhamad Ikram Daniel, namun Abang Lan telah mengajak sahabat karibnya dan rakan-rakan yang diketuai Pendek and da geng. Pada mulanya mereka agak berat hati untuk pergi bersama-sama kami tapi selepas memujuk akhirnya mereka akur untuk join kami dalam percutian kali ini. Perjalanan kami ke Port Diskson bermula agak lewat sikit lebih kurang jam 12 tengahari, pada mulanya perjalanan agak lancar almaklumlah kerana cuti so jalan agak lengang sikit tapi apabila sampai di hadapan Litar F1 Sepang kami terperangkap dalam kesesakan lalu lintas lebih kurang 20 km sehingga ke Pekan Sepang, namun selepas itu perjalanan kembali lancar. Kami tiba di pantai Port Diskson lebih kurang jam 3.30 petang, setelah puas mencari ' port 'yang sesuai kami merancang untuk ke Teluk Kemang namun sebaik tiba di bulatan ke sana, pihak polis trafik telah menutup laluan ke sana berikutan keadaan yang agak sibuk.








Lantas kami membuat keputusan untuk kembali ke Port Diskson dan perjalanan diteruskan. Setbanya kami di sana keadaan agak sibuk mungkin sempena cuti namun kami bernasib baik kerana dapat juga ' port ' yang baik untuk kami bersantai. Keadaan di sana amat menyeronokkan sehingga kami semua teruja, antara antara kami yang tak sabar untuk berendam dalam air laut, ada gak yang sibuk nak pergi memancing dan tidak kurang juga yang kelaparan sebaik tiba di sana, mungkin disebabkan waktu perjalanan yang agak lama. Kami bersepakat untuk mencekik dulu sebelum meneruskan aktiviti masing-masing. Sebaik siap mencekik aku dan Beche serta Si Pendek terus berlari ke pantai, namun kegembiraan kami hanya sementara kerana kaki Beche terluka kerana tersepak batu yang banyak di sekitar pantai.
















Kami mengambil keputusan untuk berehat-rehat sahaja di pantai sambil memerhatikan ragam-ragam orang ramai yang berada di situ. Kami berada di sana sehinggalah matahari terbenam dan ia merupakan satu suasana yang amat menakjubkan. Kalau lah kami tahu keseronokkan sebegini sudah tentu kami ingin bermalam di sana, namun ketiadaan khemah serta keadaan Ikram Daniel yang masih kecil kami membatalkan niat kami dan meneruskan perjalanan pulang. Dalam perjalanan pulang kami singgah sebentar di Bandar Lukut untuk makan malam dan selepas itu meneruskan perjalanan pulang. Kami sampai di Klang lebih kurang jam 12 tengah malam dan kami semua berasa sungguh letih sekali, namun semua itu tidak mematah semangat kami untuk kembali ke sana pada lain kali dengan perancangan yang lebih rapi. Sekian.