Blogger Templates

Search This Blog

Pages

Tuesday, February 8, 2011

Cuti-cuti Port Diskson 2011

Sempena Cuti Tahun Baru Cina, kami pada mulanya mahu habiskannya dengan berjalan-jalan di sekitar Kuala lumpur sahaja, tapi dengan cadangan bernas salah sorang daripada kami maka bermula percutian tanpa dirancang ke Port Diskson. Pada mulanya kami merancang untuk pergi bercuti seramai 4 orang sahaja iaitu aku ( Roxy da Skullz ), my love ( Beche da Skullz ), Kak Ceng2 ( kakak Beche ) dan Abang Lan ( abang ipar Beche ) serta permata hati mereka berusia 2 bulan iaitu Muhamad Ikram Daniel, namun Abang Lan telah mengajak sahabat karibnya dan rakan-rakan yang diketuai Pendek and da geng. Pada mulanya mereka agak berat hati untuk pergi bersama-sama kami tapi selepas memujuk akhirnya mereka akur untuk join kami dalam percutian kali ini. Perjalanan kami ke Port Diskson bermula agak lewat sikit lebih kurang jam 12 tengahari, pada mulanya perjalanan agak lancar almaklumlah kerana cuti so jalan agak lengang sikit tapi apabila sampai di hadapan Litar F1 Sepang kami terperangkap dalam kesesakan lalu lintas lebih kurang 20 km sehingga ke Pekan Sepang, namun selepas itu perjalanan kembali lancar. Kami tiba di pantai Port Diskson lebih kurang jam 3.30 petang, setelah puas mencari ' port 'yang sesuai kami merancang untuk ke Teluk Kemang namun sebaik tiba di bulatan ke sana, pihak polis trafik telah menutup laluan ke sana berikutan keadaan yang agak sibuk.








Lantas kami membuat keputusan untuk kembali ke Port Diskson dan perjalanan diteruskan. Setbanya kami di sana keadaan agak sibuk mungkin sempena cuti namun kami bernasib baik kerana dapat juga ' port ' yang baik untuk kami bersantai. Keadaan di sana amat menyeronokkan sehingga kami semua teruja, antara antara kami yang tak sabar untuk berendam dalam air laut, ada gak yang sibuk nak pergi memancing dan tidak kurang juga yang kelaparan sebaik tiba di sana, mungkin disebabkan waktu perjalanan yang agak lama. Kami bersepakat untuk mencekik dulu sebelum meneruskan aktiviti masing-masing. Sebaik siap mencekik aku dan Beche serta Si Pendek terus berlari ke pantai, namun kegembiraan kami hanya sementara kerana kaki Beche terluka kerana tersepak batu yang banyak di sekitar pantai.
















Kami mengambil keputusan untuk berehat-rehat sahaja di pantai sambil memerhatikan ragam-ragam orang ramai yang berada di situ. Kami berada di sana sehinggalah matahari terbenam dan ia merupakan satu suasana yang amat menakjubkan. Kalau lah kami tahu keseronokkan sebegini sudah tentu kami ingin bermalam di sana, namun ketiadaan khemah serta keadaan Ikram Daniel yang masih kecil kami membatalkan niat kami dan meneruskan perjalanan pulang. Dalam perjalanan pulang kami singgah sebentar di Bandar Lukut untuk makan malam dan selepas itu meneruskan perjalanan pulang. Kami sampai di Klang lebih kurang jam 12 tengah malam dan kami semua berasa sungguh letih sekali, namun semua itu tidak mematah semangat kami untuk kembali ke sana pada lain kali dengan perancangan yang lebih rapi. Sekian.

Sunday, February 6, 2011

Selamat Pengantin Baru Jumiati - Liloek

Kami ( Roxy da Skullz dan Beche da Skullz ) mengucapkan selamat pengantin baru kepada kedua-dua mempelai yang juga merupakan sahabat kami, Jumiati dan Liloek Azizi. Semoga ikatan yang dibina akan kekal hingga ke anak cucu. Tunggu kedatangan kami ke majlis majlis walimatulurus kalian berdua. Selamat datang ke alam perkahwinan. Amin.



Paris Hilton Kini Seorang Islam ?

JEDDAH - Arab Saudi - Paris Hilton telah memeluk Islam, jurucakapnya, Ian Brinkham, mendedahkan kepada CBS.

"Beliau telah berfikir tentang idea untuk memeluk Islam untuk beberapa waktu sekarang dan ketika dbeliau ditahan di Pusat Tahanan Century Regional pada tahun 2007, dia juga bertemu beberapa orang muallaf" kata Brinkham.

Dengan memeluk Islam, Paris Hilton telah memutuskan untuk mengelakkan kehidupan lamanya sebagai selebriti yang banyak bersosial

Beliau dipetik, berkata: "Saya telah menemui kedamaian abadi dalam hidup saya Sebelumnya, saya dulu dikenali sebagai kupu-kupu malam. Tetapi Alhamdulillah saya telah menemui ketenangan dalam hidup saya


Jihad Di Hollywood

Paris Hilton merancang untuk kembali ke Los Angeles minggu hadapan untuk memulakan sekolah Islam sendiri di Beverly Hills.

"Lupakan Scientology atau Kaballah. Saya tidak akan mengenakan seutas tali merah di pergelangan tangan saya atau berjalan-jalan seperti robot bercakap dengan Xenu. Islam adalah agama masa kini. dan saya akan menyebarkan firman Quran untuk semua orang, "kata beliau bersemangat.

Paris Hilton juga merancang untuk menukar namanya menjadi 'Tahirah' yang bererti 'murni, suci' dalam bahasa Arab. sekolah Islam-nya akan dibuka pada bulan Julai dan ditujukan khas untuk selebriti Hollywood mencari ketenangan spiritual

http://www.dailysquib.co.uk/



Tuesday, February 1, 2011

PANDANGAN DARIPADA GENERASI BARU FELDA

Membaca satu artikel dari sebuah portal berita, membuatkan saya tertanya-tanya. Di dalam artikel tersebut, mereka telah membandingkan pendapatan Felda Holdings dengan Sime Darby Group, IOI Group dan Wilmar International. Kalau mengikut jadual statistik yang di buat, memang orang akan membuat penilaian yang negatif. Yalah, mana tak pelik melihatkan pendapatan Felda yang tak begitu memberansangkan langsung.

Namun, kita semua lupa untuk bertanya, apakah ketiga-tiga syarikat yang di bandingkan itu mempunyai program untuk pekerja atau masyarakat seperti apa yang telah di lakukan oleh Felda? Cuba kita lihat antara beberapa program yang telah di lakukan oleh Felda :
1) Menyediakan pemberian bantuan RM10,000 sebuah rumah untuk membaiki rumah peneroka yang daif dan menyediakan pinjaman hingga RM40,000 untuk membaiki dan membesarkan rumah peneroka biasa.
2) Membaiki dan menaiktaraf 245 buah masjid (RM50 ribu sebuah) di seluruh Felda dengan kos 12.3 juta dan memberi sebuah komputer untuk setiap masjid.
3) Membaiki dan menaiktaraf 265 buah sekolah agama (dari RM100 ribu hingga RM200 ribu sebuah) dengan jumlah keseluruhan 33.2 juta.
4) Memperuntukkan RM221 juta pada tahun 2008 untuk meningkatkan kualiti pendidikan anak-anak peneroka bermula dari peringkat menengah hinggalah ke peringkat universiti tempatan dan luar negara.
5) Memperuntukkan kira-kira RM110 juta bagi program Latihan Kemahiran kepada 20,000 belia generasi baru.
6) Memperuntukkan dana RM3.2 juta bagi membina 18 buah gelanggang futsal, Akedemi bolasepak.
7) Memperuntukkan RM 9.5 juta kepada 19 pelajar cemerlang SPM bagi melanjutkan pengajian di universiti terkemuka di Australia.
8) Menubuhkan Pusat Latihan Anak Permata Negara di beberapa kawasan Felda (untuk anak 5 tahun ke bawah).
9) Memberi pinjaman RM10,000 untuk miliki saham koperasi Permodalan Felda (KPF) dengan bayaran melalui pemotongan keuntungan dividen.
10) Membantu kerajaan Negeri Sembilan dan Melaka menyelesaikan masalah air di kawasan Rancangan dengan peruntukan lebih RM10 juta.
11) Mengadakan skim insuran berkelompok berkonsepkan syariah dengan premium tahunan RM9 juta di tanggung sepenuhnya oleh Felda.
12) Pemberian bonus insentif produktiviti berjumlah RM 144.44 juta kepada 84,581 peneroka di seluruh Malaysia.
13) Membina MRSM Felda di Trolak dengan pelajar seramai 1,050 orang dan 80% pelajar mestilah dari anak peneroka.
14) Membina 15 buah Kompleks Sukan Komuniti (KSK) dan akan membina KSK ke semua 40 gagasan Felda.
15) Pemberian RM1,000 untuk setiap 317 persatuan belia di Rancangan dengan peruntukan RM317,000 setahun.
16) Mengadakan Dana Skim Insentif Usahawan Felda sebanyak RM100 juta, skim pinjaman tanpa penjamin dan cagaran kepada peneroka yang ingin menjadi usahawan.
17) Memulakan Skim Tuisyen Felda di 100 buah sekolah menengah dan 270 buah sekolah rendah bermula dari tahun 2006.

Sumber : Keluaran Khas Utusan Malaysia - Felda Aspirasi Glokal 7 Julai 2010)

Apa yang ditulis di atas hanyalah sebahagian dari program-program yang telah dilaksanakan oleh Felda. Cubalah kita bertanya dengan ikhlas, adakah ketiga-tiga syarikat yang di bandingkan mempunyai program-program sebegini?

Kalau tidak kerana jasa baik daripada pihak Felda ini dan tiada perancangan rapi pihak Kerajaan dan rezeki kita menjadi anak Felda, agak-agaknya di mana kita sekarang ya?

Casaria The Best Memory

Charlie's Angel Casaria
1. Beche da skullz a.k.a Along
2. Nurasmia a.k.a Mimie
3. Jumiati a.k.a Baby

3 orang konco berat yang kalau dorang bersama kompem boleh runtuh casaria, tapi kadang-kadang aku tengok dorang ni dah macam do re mi pun ada...hahahahahahhahahaha




Nie satu lagi hobi yang aku sampai sekarang tak paham, suka sangat berenang. Mentang-mentang lah swimming pool depan rumah je, kalau boleh hari-hari nak berendam.






Sempat lagi ambil gambar sebelum ke kuliah, biarlah lambat asalkan bergaya ke kolej