Blogger Templates

Search This Blog

Pages

Tuesday, February 8, 2011

Cuti-cuti Port Diskson 2011

Sempena Cuti Tahun Baru Cina, kami pada mulanya mahu habiskannya dengan berjalan-jalan di sekitar Kuala lumpur sahaja, tapi dengan cadangan bernas salah sorang daripada kami maka bermula percutian tanpa dirancang ke Port Diskson. Pada mulanya kami merancang untuk pergi bercuti seramai 4 orang sahaja iaitu aku ( Roxy da Skullz ), my love ( Beche da Skullz ), Kak Ceng2 ( kakak Beche ) dan Abang Lan ( abang ipar Beche ) serta permata hati mereka berusia 2 bulan iaitu Muhamad Ikram Daniel, namun Abang Lan telah mengajak sahabat karibnya dan rakan-rakan yang diketuai Pendek and da geng. Pada mulanya mereka agak berat hati untuk pergi bersama-sama kami tapi selepas memujuk akhirnya mereka akur untuk join kami dalam percutian kali ini. Perjalanan kami ke Port Diskson bermula agak lewat sikit lebih kurang jam 12 tengahari, pada mulanya perjalanan agak lancar almaklumlah kerana cuti so jalan agak lengang sikit tapi apabila sampai di hadapan Litar F1 Sepang kami terperangkap dalam kesesakan lalu lintas lebih kurang 20 km sehingga ke Pekan Sepang, namun selepas itu perjalanan kembali lancar. Kami tiba di pantai Port Diskson lebih kurang jam 3.30 petang, setelah puas mencari ' port 'yang sesuai kami merancang untuk ke Teluk Kemang namun sebaik tiba di bulatan ke sana, pihak polis trafik telah menutup laluan ke sana berikutan keadaan yang agak sibuk.








Lantas kami membuat keputusan untuk kembali ke Port Diskson dan perjalanan diteruskan. Setbanya kami di sana keadaan agak sibuk mungkin sempena cuti namun kami bernasib baik kerana dapat juga ' port ' yang baik untuk kami bersantai. Keadaan di sana amat menyeronokkan sehingga kami semua teruja, antara antara kami yang tak sabar untuk berendam dalam air laut, ada gak yang sibuk nak pergi memancing dan tidak kurang juga yang kelaparan sebaik tiba di sana, mungkin disebabkan waktu perjalanan yang agak lama. Kami bersepakat untuk mencekik dulu sebelum meneruskan aktiviti masing-masing. Sebaik siap mencekik aku dan Beche serta Si Pendek terus berlari ke pantai, namun kegembiraan kami hanya sementara kerana kaki Beche terluka kerana tersepak batu yang banyak di sekitar pantai.
















Kami mengambil keputusan untuk berehat-rehat sahaja di pantai sambil memerhatikan ragam-ragam orang ramai yang berada di situ. Kami berada di sana sehinggalah matahari terbenam dan ia merupakan satu suasana yang amat menakjubkan. Kalau lah kami tahu keseronokkan sebegini sudah tentu kami ingin bermalam di sana, namun ketiadaan khemah serta keadaan Ikram Daniel yang masih kecil kami membatalkan niat kami dan meneruskan perjalanan pulang. Dalam perjalanan pulang kami singgah sebentar di Bandar Lukut untuk makan malam dan selepas itu meneruskan perjalanan pulang. Kami sampai di Klang lebih kurang jam 12 tengah malam dan kami semua berasa sungguh letih sekali, namun semua itu tidak mematah semangat kami untuk kembali ke sana pada lain kali dengan perancangan yang lebih rapi. Sekian.

No comments:

Post a Comment