Blogger Templates

Search This Blog

Pages

Tuesday, February 1, 2011

PANDANGAN DARIPADA GENERASI BARU FELDA

Membaca satu artikel dari sebuah portal berita, membuatkan saya tertanya-tanya. Di dalam artikel tersebut, mereka telah membandingkan pendapatan Felda Holdings dengan Sime Darby Group, IOI Group dan Wilmar International. Kalau mengikut jadual statistik yang di buat, memang orang akan membuat penilaian yang negatif. Yalah, mana tak pelik melihatkan pendapatan Felda yang tak begitu memberansangkan langsung.

Namun, kita semua lupa untuk bertanya, apakah ketiga-tiga syarikat yang di bandingkan itu mempunyai program untuk pekerja atau masyarakat seperti apa yang telah di lakukan oleh Felda? Cuba kita lihat antara beberapa program yang telah di lakukan oleh Felda :
1) Menyediakan pemberian bantuan RM10,000 sebuah rumah untuk membaiki rumah peneroka yang daif dan menyediakan pinjaman hingga RM40,000 untuk membaiki dan membesarkan rumah peneroka biasa.
2) Membaiki dan menaiktaraf 245 buah masjid (RM50 ribu sebuah) di seluruh Felda dengan kos 12.3 juta dan memberi sebuah komputer untuk setiap masjid.
3) Membaiki dan menaiktaraf 265 buah sekolah agama (dari RM100 ribu hingga RM200 ribu sebuah) dengan jumlah keseluruhan 33.2 juta.
4) Memperuntukkan RM221 juta pada tahun 2008 untuk meningkatkan kualiti pendidikan anak-anak peneroka bermula dari peringkat menengah hinggalah ke peringkat universiti tempatan dan luar negara.
5) Memperuntukkan kira-kira RM110 juta bagi program Latihan Kemahiran kepada 20,000 belia generasi baru.
6) Memperuntukkan dana RM3.2 juta bagi membina 18 buah gelanggang futsal, Akedemi bolasepak.
7) Memperuntukkan RM 9.5 juta kepada 19 pelajar cemerlang SPM bagi melanjutkan pengajian di universiti terkemuka di Australia.
8) Menubuhkan Pusat Latihan Anak Permata Negara di beberapa kawasan Felda (untuk anak 5 tahun ke bawah).
9) Memberi pinjaman RM10,000 untuk miliki saham koperasi Permodalan Felda (KPF) dengan bayaran melalui pemotongan keuntungan dividen.
10) Membantu kerajaan Negeri Sembilan dan Melaka menyelesaikan masalah air di kawasan Rancangan dengan peruntukan lebih RM10 juta.
11) Mengadakan skim insuran berkelompok berkonsepkan syariah dengan premium tahunan RM9 juta di tanggung sepenuhnya oleh Felda.
12) Pemberian bonus insentif produktiviti berjumlah RM 144.44 juta kepada 84,581 peneroka di seluruh Malaysia.
13) Membina MRSM Felda di Trolak dengan pelajar seramai 1,050 orang dan 80% pelajar mestilah dari anak peneroka.
14) Membina 15 buah Kompleks Sukan Komuniti (KSK) dan akan membina KSK ke semua 40 gagasan Felda.
15) Pemberian RM1,000 untuk setiap 317 persatuan belia di Rancangan dengan peruntukan RM317,000 setahun.
16) Mengadakan Dana Skim Insentif Usahawan Felda sebanyak RM100 juta, skim pinjaman tanpa penjamin dan cagaran kepada peneroka yang ingin menjadi usahawan.
17) Memulakan Skim Tuisyen Felda di 100 buah sekolah menengah dan 270 buah sekolah rendah bermula dari tahun 2006.

Sumber : Keluaran Khas Utusan Malaysia - Felda Aspirasi Glokal 7 Julai 2010)

Apa yang ditulis di atas hanyalah sebahagian dari program-program yang telah dilaksanakan oleh Felda. Cubalah kita bertanya dengan ikhlas, adakah ketiga-tiga syarikat yang di bandingkan mempunyai program-program sebegini?

Kalau tidak kerana jasa baik daripada pihak Felda ini dan tiada perancangan rapi pihak Kerajaan dan rezeki kita menjadi anak Felda, agak-agaknya di mana kita sekarang ya?

2 comments: